CPI Asia

Home Media Monitor Mengapa berdemonstrasi?
Mengapa berdemonstrasi? Print E-mail
Media Monitor
Written by Yeo Yang Poh, Penulis kolum Merdeka Review   
Monday, 03 August 2009 20:11
Share Link: Share Link: Bookmark Google Yahoo MyWeb Del.icio.us Digg Facebook Myspace Reddit Ma.gnolia Technorati Stumble Upon

 

Kerajaan telah menyatakan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sedang dikaji.  Mengapa berdemonstrasi lagi?

Biarlah pandangan dikemukakan secara berhemah.  Demonstrasi untuk apa?

Ada kewajarannya seandainya soalan tersebut diajukan oleh kanak-kanak.  Namun, soalan tersebut telah dilontarkan seorang Perdana Menteri negara. Maka ia tidak boleh diperlekehkan.

Mengapa berdemonstrasi?

Kerana Teoh Beng Hock, Kugan, Ulaganathan, dan ribuan yang mati dalam tahanan.  Mereka tidak mampu untuk berdemonstrasi dan bersuara.  Maka, perlunya orang lain untuk bertindak dan bersuara untuk mereka.

Kerana mereka yang nampak macam Lingam, mereka yang berkuasa, mereka yang hartanya pantang didedahkan di bawah matahari, bahkan politikus yang berkuasa untuk membawa perubahan tetapi mendiamkan diri ketika berdepan dengan ketidakadilan, mereka akan terus menggunakan pelbagai kuasa untuk memerintah kita.  Mereka semestinya tidak akan berdemonstrasi.  Mereka akan mencari seribu cara untuk menghalang demonstrasi.

Kerana mereka yang miskin, yang dipinggirkan, yang ditekan, yang didiskriminasi, malah yang dianiaya, langsung tidak berpeluang untuk mempengaruhi mereka yang berkuasa.

Kerana pendekatan "bertutur dengan penuh hemah" telah digunakan untuk berpuluh-puluh tahun.  Sehingga air liur kering-kontang, tidak meninggalkan sebarang kesan.

Selanjutnya ...

Comments (0)
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.