CPI Asia

Home Columnist Faisal Mustaffa 1Malaysia: Ori resipi asal Indonesia
1Malaysia: Ori resipi asal Indonesia Print E-mail
Columnists
Written by Faisal Mustaffa   
Tuesday, 13 October 2009 20:40
Share Link: Share Link: Bookmark Google Yahoo MyWeb Del.icio.us Digg Facebook Myspace Reddit Ma.gnolia Technorati Stumble Upon

Konsep 1Malaysia juga diciplak dari negara jiran, yang 1bangsa Indonesianya diperkenalkan 85 tahun dahulu

Sumpah Pemuda
(versi ejaan disempurnakan)

  • Pertama: Kami putra dan putri Indonesia, mengaku bertumpah darah yang satu, tanah air Indonesia.
  • Kedua: Kami putra dan putri Indonesia, mengaku berbangsa yang satu, bangsa Indonesia.
  • Ketiga: Kami putra dan putri Indonesia, menjunjung tinggi bahasa persatuan, bahasa Indonesia.

Sebelum ini saya sering mempertikaikan konsep nasionalisme yang dibawa oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia. Baru-baru ini Perdana Menteri Najib Razak memperkenalkan 1Malaysia yang membawa erti semua kaum di Malaysia berdiri di bawah satu konsep Bangsa Malaysia yang tidak mengira kaum.

Sebelum ini lagu kebangsaan Malaysia juga dibuktikan bahawa ianya bukan lagu asli Malaysia. Ianya diciplak dari lagu keroncong Terang Bulan di Indonesia yang asalnya diambil dari lagu Memula Moon, suatu karya gubahan seorang Peranchis.

Konsep 1Malaysia mirip Sumpah Pemuda yang dibacakan pada 28 Oktober 1928 yang mana berikrar berbangsa satu, Bangsa Indonesia. Sumpah Pemuda Indonesia juga berikrar bahawa mereka bertumpah darah yang satu, tanahair Indonesia dan menjunjung Bahasa Indonesia sebagai bahasa mereka bagi memperkuatkan kesatuan bangsa-bangsa di Indonesia.

Para peserta dari kongres sumpah pemuda ini terdiri dari pelbagai organisasi pemuda seperti Jong Java, Jong Ambon, Jong Celebes, Jong Batak, Jong Sumatranen Bond, Jong Islamieten Bond, Perhimpunan Pelajar-pelajar Indonesia (PPPI), Pemuda Kaum Betawi. Bahkan ada juga keturunan Tionghua yang bertindak sebagai pemerhati dalam kongres tersebut.

Signifikannya konsep yang dibawa oleh Pemuda Indonesia pada ketika itu apabila ianya diusulkan di dalam kongres yang dihadiri oleh wakil-wakil mahasiswa Indonesia dari pelbagai etnik di Indonesia.

Mereka bergabung di Indonesische Vereeninging yang akhirnya diubah menjadi Perhimpunan Indonesia.

Kewujudan gabungan ini adalah hasil daripada kecewaan dengan perkembangan kekuatan-kekuatan perjuangan di Indonesia, dan melihat situasi politik yang dihadapi, akhirnya membuat keputusan untuk membentuk kelompok pemikir dari kalangan mahasiswa berpengaruh atas keaktifan mereka pada ketika itu.

Intipatinya keadilan sosial

Peserta Kongres Pemuda II, Okt 28, 1928. Picture source: Wikipedia

 

Antara kelompok pemikir terdiri daripada Kelompok Studi Indonesia (Indonesische Studie-club) yang dibentuk di Surabaya pada tanggal Okt 29, 1924 oleh Soetomo.

Kedua, Kelompok Studi Umum (Algemeene Studie-club) yang direalisasikan oleh para nasionalis dan mahasiswa Sekolah Tinggi Teknik di Bandung yang dimotori oleh Soekarno pada tanggal Julai 11, 1925.

Mereka berpendapat, bagi memperkuatkan kesatuan di kalangan bangsa-bangsa di negara itu ialah dengan melalui sejarah, bahasa, hukum adat, pendidikan dan kemahuan.

Pada perhimpunan mereka kedua pada Okt 28, 1928 di Gedung Oost-Java Bioscoop, mereka membahaskan masalah pendidikan. Di akhir perbahasan, mereka bersependapat bahawa kanak-kanak harus mendapat pendidikan kebangsaaan, harus pula ada keseimbangan antara pendidikan di sekolah dan di rumah. Mereka juga bersetuju bahawa anak-anak perlu didik secara demokratik.

Di akhir kongres juga diperdengarkan lagu ‘Indonesia’ karya Wage Rudolf Supratman.

Kini hari Sumpah Pemuda menjadi hari bagi memperingati konsep yang diperkenalkan pada tahun 1928 itu. Setiap kali tiba tanggal 28 Oktober, mereka akan memainkan semula rakaman ikrar Sumpah Pemuda 1928 yang bertujuan untuk membangkitkan kesedaran segenap pemuda Indonesia dalam meningkatkan semangat kebangsaan serta daya saing pemuda Indonesia pada waktu tertentu.

Dan harapan pelapis-pelapis kepimpinan yang menyanjung sejarah konsep ‘satu bangsa’ mereka ialah menimbulkan kesedaran bahawa kemajuan bangsa yang berkeadilan social dan bermartabat akan mudah dicapai apabila bangsa Indonesia tetap mempertahankan rasa persatuan dan kesatuan. Justeru, para pemuda harus memiliki kesedaran posisi untuk terus mengasah jiwa kepeloporan mereka dalam memperbaiki kualiti kehidupan bangsa mereka.

Dulu kan Dr M ‘bersih’ dan ‘amanah’?

Menurut blog 1Malaysia yang aku rasa bukan ditulis oleh Najib sendiri, 1Malaysia mengandungi lapan nilai iaitu perseverance (tekad), acceptance (penerimaan), pendidikan, integriti, meritokrasi, ciri kemanusiaan, kesetiaan dan kecemerlangan sebagai satu budaya.

Menurut Najib di dalam salah satu ucapan di dalam blognya, matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian negara ini yang selama ini menjadi kekuatan supaya kekal sebagai bekalan sebaik kita untuk masa hadapan. Ia juga kononnya sebagai tempat untuk berkongsi impian, untuk satu masa hadapan yang lebih baik.

Memang menakjubkan dan semememangnya nilai-nilai ini diperlukan. Tetapi apakah nilai-nilai ini diterapkan? Kita lihat konsep Bersih, Cekap, Amanah yang diterapkan oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan kemudiannya diubah kepada Bersih, Cekap, Adil yang mana nilai-nilai itu cuba diterapkan kepada kakitangan-kakitangan kerajaan. Adakah tahap kecemerlangan kakitangan awam berjaya dipertingkatkan?

Kita lihat pula konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi bagi menerapkan cara hidup Islam. Ianya dikecam dengan cuba memanipulasi konsep kesyumulan Islam itu sendiri.

Wawasan 2020, Hadhari, sekarang ni

Sememangnya, konsep-konsep nasionalisme yang dibawa oleh pemimpin kerajaan Malaysia (sebut, Barisan Nasional) hanya cuba memberi kepentingan yang boleh membawa kepopularitian indidividu dan tidak melihatkan kesan kepada pembangunan insan.

Inilah akibatnya apabila kita mempunyai konsep yang tidak mempunyai nilai demokratik yang betul-betul melihat kepada pemasalahan dan keperluan rakyat dalam membentuk satu bangsa.

Saya cuba menanya pendapat teman-teman mengenai kefahaman mereka secara rambang mengenai konsep 1Malaysia. Mereka sering merujuk 1Malaysia kepada Najib.

Pendapat melampau daripada teman-teman ialah retorik politik biasa pemimpin Malaysia. Mungkin sedih apabila mendengar pendapat sedemikian tetapi bukankah pendapat-pendapat mereka itu ada kebenarannya?

Comments (9)
  • Ramesh Laxman  - 1 Malaysia Ori Resip Asal Indonesia

    Kalau kita hendak wujudkan 1 KELUARGA kita harus memberi layanan yang adil kepada semua ahli Kelurga itu. 1MALAYSIA hanya bolih di utmakan dengan adilan.Dalam politik kita nampak ada keadilan. Kabinet Menteri Malaysia yang terdiri dengan semua kaum betul betul mencerminkan 1MALAYSIA. Saya harap YAB Perdana Menteri akan megunakan keadilan yang digambarkan olih Kabinet Menteri Malaysia sebagai landasan untuk membangunkan 1MALAYSIA yang adil. Dari ini semua faedah akan mengaliar kepada semua rakyaat Malaysia.

  • lano  - Standing on the shoulders of giant

    Just 85 years ago? How young...and not even original. These are slogans by politicians and activists for finding support from mass whether it is now or then, it maybe different in flavors but lets not credit anybody whether they are Malaysian or Indonesian for the long march for common interest. Credit the real giants - the prophets, the philosophers and The thinkers and those who actually sacrifice themself like Leonidas, Socrates, Jesus, Muhammad S.A.W., Saladin, Andalusia, Magna Carta, The storming of Bastille, The US Civil War, Ikwanul Mulimin etc. Retorik are the same from both country politician and you are just dragged into it while acknowledging both country common colonial past. How about an objective write up instead.

  • Mei

    Dear En Faisal

    Are sure it is ciplak from Indonesia? Di Indonesia sudah pun ada undang2 dimana tidak boleh punya sikap perkauman.

    I think you silaplah. 1Malaysia bunyi seakan2 1Indonesia tetapi tidak serupa. Di Malaysia, dlm mengalu2kan konsep 1Malaysia, jgn salah faham ya! Ianya hanya satu slogan saja, tak lebih dari itu. Ketuanan Melayu masih akan diutamakan.

    So, you have to pull back your statement, otherwise Najib will look for you!!.

    He! He! He! Just joking. But it's true isn't it?

  • mak jun yeen

    Walaupun 1 Indonesia Bineka Tunggal Ika, namun banyak yang tidak dijadi persamaan terutama perbezaan Pribumi dan Tiong Hua dalam 53 tahun pertama kewujudan Indonesia.

    Hanya selepas perlantikkan Gus Dur (moga tuhan memberkatinya)polisi Indonesia bergerak kepada 1 Indonesia yang sebenarnya.

    Mahukah Tiong Hua Malaysia bertukar nama dari Lim Lan Chau kepada Lingga Rimba?

  • faisal mustaffa

    Dear Mei

    Mak Jun Yean has generally answer part of your comments.

    1 Indonesia diwujud dan diperkenalkan atas semangat Sumpah Pemuda 28 Oktober 1928.

    Atas perbandingan tersebut, semangat yang sama cuba diterapkan oleh Perdana Menteri melalui 1 Malaysia nya.

    Saya percaya bahawa usaha 1 Malaysia adalah penerapan daripada semangat yang dibawa dan dijayakan oleh 1 Indonesia tersebut; terutamanya dari segi pembawaan satu kaum.

    Cuma, oleh kerana ketidakasliannya menjadikan ianya tinggal sebagai retorik.

  • kamal

    PM-PM malaysia ni suka pada slogan saja. Tengok Mahathir dengan bersih, cekap dan amanah, hasilnya negara ini menjadi semakin korup.

    PakLah dengan slogan islam hadharinya. Tidak lebih dari slogan mempergunakan agama untuk kepentingan keluarga, iatu membolot segala kekayaan negara untuk mengkayakan keluarga sendiri.

    Akhir sekali dengan Najib. Slogan 1Malaysia. Pembohongan dan dosa paling besar pada rakyat Malaysia untuk memegang kuasa. Buktinya, tiada tindakan keatas Utusan Malaysia yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan isu kepala lembu.

    Kesipulannya PM-PM Malaysia suka menipu rakyat negara ini apabila pembangunan Malaysia dari segi fizikal dan mental telah berpatah balik ke belakang.

    Sejak dari tahun 1997 hingga ke hari ini Malaysia tidak bergerak lagi, walhal INDIA,China,Vietnam hatta Indonesia pun lebih baik dari Malaysia dalam segi membenteras gejala rasuah yang terus-menerus memusnahkan negara ini.

    Adakah ini yang rakyat mahukan?

  • Pemuda

    Hmm pendapat saya pula.. tidak kesah la slogan tue dari mane skalipon asalnye.. samada penah digunakan atau penah menjadi wadah politik mane2 bangsa yg penting pengisiannye mampu atau tiadak untuk kita bangsa yang bijak menilai dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang dinamik dan berjaya memacu negara...

    bukan slogan yang menjadi ukuran tetapi sikap toleransi kita sendiri dan keupayaan kita untuk menaikkan malaysia ke persada dunia..

    klu kiita asyik bercakap dan menyalahkan orang lain tanpa kita sdar kita masih tidak menyumbang walau setitis keringat kepada kejayaan malaysia.. jadi hakikatnya tidak perlilah kita nak mempertikaikan ape yg kerajaan buat tetapi cuba kita pertikaikan ape yang kita dah buat untuk negara...

  • Jefri Zain

    Found another interesting article here with more critical comments on the originality of 1Malaysia.

    http://zakisamsudin.blogspot.com/2009/10/1malay sia-1world-1universe.html

  • Anonymous

    slogan 1Malaysia tu dah bagus, yang tak bagusnya ialah kebanyakan wakil rakyat menindas rakyat bukan mendahulukan rakyat.

Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.