- Stop the racist politics of suspicion and hate in the country
- The 2013 election results: back to the drawing board for both coalitions
- Spewing a poisonous brew on the Chinese ‘Lack of Multiracial Spirit'
- Vote for a revolutionary kind of development
- Perlunya lebih ramai calon-calon wanita dalam PRU
- BN’s triple cocktail of Race, Hudud and Fear is not working
- Fiscal risks to Malaysia's polls
- Opposition will clinch popular vote in GE13
Kematian Sugumaran: Adakah polis telah bertindak melampaui hak undang-undang?
Press Statements
Merujuk kepada kes kematian C. Sugumaran, berumur 40 tahun, yang dijumpai mati terbujur kaku pada 23 Januari lalu – memandangkan kematian Sugumaran kini dipersoalkan dan disyaki bersangkut paut dengan keganasan polis – Gerakan Malaysians for Beng Hock meminta dengan tegasnya supaya penyiasatan dijalankan dengan segera, dan tindakan yang sewajarnya harus diambil sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda yang mencurigakan, bahkan mengantung jawatan polis-polis yang terbabit dan melancarkan penyiasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurut beberapa orang saksi, C. Sugumaran dikejari polis, digari di belakang badannya, mukanya disapui serbuk kuning dan dipukul sehingga mati.
Gerakan Malaysians for Beng Hock mengutuk sekeras-kerasnya sebarang keganasan polis, tiada sebarang anggota polis yang berhak menggangap diri sebagai hakim atau melampaui hak undang-undang.
Menurut suatu laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2011, terdapat lebih daripada 1,500 nyawa-nyawa rakyat terkorban dalam pusat-pusat tahanan dan penjara-penjara di antara tahun 2003 sehingga 2007.
Kes-kes yang disyaki berlaku di bawah keganasan polis meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ini, banyak pertubuhan-pertubuhan serta institusi-institusi telah pun menggesa supaya Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan, namun ianya langsung sekali tidak diambil berat oleh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang enggan membuat sebarang balasan ke atas seruan-seruan tersebut.
Keadaan ini mengakibatkan tiada sebarang anggota-anggota polis atau pengawai-pengawai kerajaan yang bertanggungjawab ke atas kes-kes penyeksaan dan kematian di bawah tahanan, di mana mereka yang menyalahgunakan kuasa atau menggunakan keganasan seharusnya dihadap ke mahkamah.
Memandangkan keadaan yang bertambah buruk dan nyawa-nyawa yang terkorban semakin meningkat, Gerakan Malaysians for Beng Hock menggesa kerajaan mengambil tindakan dengan segara untuk menyiasat kes kematian Sugumaran dan menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis atas permintaan rakyat.
Penulis ialah penyelaras gerakan Malaysians for Beng Hock.









xabes2 nk salahkn polis apasal ea???aku pelik dgn mind set org2 cerdik pandai skang ni...ada je yg xkene bler melibatkan polis...Hanya penjenayah yang bersalah akan memutarbelitkan fakta untuk mengelakkan diri daripada dicekup...family plak akan seboleh2nya cube nk tutup aib penjenayah n meletakkn kslhan tuh kt polis utk bersihkn nama fmly dorg tuh...kenapa korg sume xabes2 nk defense penjenayah2 ni???sbb tu la dorg hilang rse takot utk lakukan jenayah sbb dorg tau walau apa pun yg berlaku...polis gak yg akan dipersalahkan..